HIBURAN
Ramai artis kaya kerana ‘jual’ diri?
SEBUAH majalah bacaan orang dewasa edisi pertama dan kedua bulan ini mendedahkan nama beberapa artis terkenal Indonesia yang boleh ajak “kencan” atau temu janji, sekaligus check-in.
Artis-artis tersebut termasuk pelakon filem, sinetron, penyanyi dan model iklan.
Namun cerita tentang artis memburu kemewahan hidup dengan memperdagangkan tubuh yang munggil dengan bayaran ratusan juta malah miliar rupiah bukanlah cerita baru.
Artis menjadi isteri simpanan ahli perniagaan dan politikus yang dikelilingi kemewahan juga bukanlah baru. Namun keberanian majalah pria menyenaraikan nama artis-artis tersebut dengan harga tertentu membuatkan mereka melenting.
Selain itu foto artis tertentu disiarkan bersama artikel tersebut.
Seorang pelakon wanita yang cantik jelita baru-baru ini memberitahu akan menyaman majalah berkenaan setelah namanya dikaitkan menjual tubuh.
“Ia sudah keterlaluan,” kata pelakon filem berkenaan yang namanya dikaitkan berpacaran dengan penyanyi sebuah kumpulan band terkenal Indonesia.
menafikannya
Beberapa artis lain pula menafikannya dan mendakwa majalah itu sengaja mencari berita sensasi untuk melariskan jualan. Seorang artis memberitahu, sama ada benar atau tidak lama kelamaan orang akan tahu juga siapa artis yang menjual diri.
Tidak dinafikan ramai artis di Jakarta hidup mewah walaupun belum berkahwin, selepas bercerai dan tidak mempunyai perniagaan. Artis wanita juga dikatakan menjadi ‘orang ketiga’ menyebabkan perceraian rumah tangga artis lain dan keretakan rumah tangga ahli perniagaan.
Majalah tersebut mendedahkan ada ahli perniagaan membelikan rumah dan kereta mewah bernilai AS$300,000.
Tarif artis kini bukan lagi dikira dalam rupiah tapi dolar Amerika (USD), bagi menjaga imej artis. Konon cerita, artis yang sedang meningkat nama harganya antara AS$250,000 hingga AS$500,000 untuk jangka panjang, sama ada menjadi peneman ke luar negara atau memilih bersama di dalam negara.
Lebih hebat artis-artis itu dibawa melancong ke luar negara untuk mengelakkan mereka dikenali. Lokasi yang paling dekat ialah Singapura dan Australia.
Artis yang memilih mencari kekayaan bermodalkan kecantikan dan populariti dikatakan mendekati orang ternama, ahli perniagaan dan bos-bos syarikat. Mereka juga membuat perniagaan sampingan dengan bergabung dengan agensi perhubungan awam bagi memudahkan mereka membuat kontak, temu janji dan sebut harga.
Akhirnya, mereka berdating di ranjang juga, dedah seorang pegawai sebuah agensi perhubungan awam yang tugasnya menguruskan show penyanyi.
Berita mengenai artis tertentu boleh diajak ke kamar tidur juga diceritakan oleh mereka yang pernah kencan bersama artis tertentu kepada rakan mereka.
Malah artis itu sendiri menceritakan kepada rakannya lalu disampaikan kepada yang lain. Bukan setakat nama artis, tetapi tentang kehebatan artis berkenaan semasa di atas ranjang!
Seorang teman wartawan di Jakarta pernah memberitahu perkara yang sama.
“Pokoknya uang pak,” katanya bersungguh-sungguh.
Bagi yang cantik dan mempunyai tubuh yang molek, mencari populariti melalui sesi fotografi untuk pelbagai majalah. Dari situ mereka akan dihubungi oleh orang tertentu atau melalui orang perantara.
Namun demikian ramai artis lain berjuang sejak awal untuk mencari kekayaan dengan usaha keras termasuk berniaga selain membuat show. Antara artis tersebut ialah penyanyi dangdut Inul Daratista yang memiliki lebih lapan buah karaoke atas nama Inul Vista di Jakarta.
Malah ramai lagi artis yang membuka restoran dan butik di kota Jakarta, Bandung dan Surabaya untuk persiapan dan jaminan masa depan setelah tidak lagi laku di dunia hiburan.
Tidak kurang juga yang membeli rumah dan tanah sawah daripada memilih hidup mewah ketika masih muda. Bagaimanapun kisah artis memperdagangkan tubuh untuk mengejar kemewahan dan hidup glamour lebih heboh dan menjadi buruan wartawan hiburan sekarang ini.
– Mingguan
Sunday, June 15, 2008
Pesta arak di tempat terbuka
Pesta arak di tempat terbuka
HEM... Apa lagi yang mampu Joyah buat selain menggelengkan kepala mendengar kisah sesetengah artis kita yang kini semakin terbuka bukan sahaja dalam gaya penampilan tetapi juga cara hidup.
Tak payah bercakap soal berpakaian kerana kalau dilihat dewasa ini, baju ala kain tak cukup memang jadi trend. Biji mata Joyah pun hampir terjojol kadang-kadang tengok pakaian mereka.
Tak kiralah ketika mereka muncul di permaidani merah, apalagi ke majlis-majlis sosial yang banyak dianjurkan di sekitar ibu kota.
Dan hari ini, kalau pegang gelas berisi air memabukkan bukanlah satu perkara yang memalukan buat mereka walaupun di tempat terbuka.
Dulu-dulu mungkin juga ada yang hanya minum air memabukkan begitu di kelab-kelab malam sahaja. Tapi hari ini, sambil lepak-lepak di kaki lima cafe pun boleh minum.
Yang Joyah nak cerita ini pun agak memalukan juga. Daring pun ada. Sebab mereka sudahlah pergi meraikan majlis pelancaran satu jenama arak.
Di majlis itu juga ada kalangan mereka yang dah tak segan silu pegang botol dan gelas arak ketika meraikan pelancaran itu di sebuah pusat beli belah terkenal baru-baru ini.
Kalau dah pegang botol dan gelas, takkan posing saja kan. Joyah tak mahulah menuduh tapi ramai yang nampak ada yang meneguknya. Selamba sahaja.
Yang seronoknya, kalau nak raikan pun, sedarlah diri bahwa diri kita ini siapa. Bukanlah tak boleh berseronok di majlis itu.
Tapi mereka pun bukannya duta minuman tu. Hanya datang meraikan sahaja. Nak kata mereka duta tak mungkin. Sebab Joyah tak rasa pun syarikat pengedar minuman itu mahu mengambil mereka sebagai menghormati status mereka sebagai seorang Muslim. Pada Joyah, kalau nak hadirkan diri tak apa. Tapi janganlah lebih-lebih. Di tempat terbuka pula tu.
Bukankah banyak mata yang memandang. Pandai-padailah bawa diri sebab awak tu artis.

Subscribe to:
Posts (Atom)